Thursday, June 18, 2009

Kursus Refleksologi

HPA Kelab Sahabat Jengka telah menganjurkan kursus untuk para ahli berdaftar HPA.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan
dengan cara mengesan penyakit dengan kaedah urutan kaki.Ianya diadakan di HPA Cawangan Jengka.
Setiap bahagian kaki ada titik-titik yang secara langsung berkaitan dengan organ dalaman.





Peserta sedang melakukan latihan mengikut
arahan dari tenaga pengajar.


Sebahagian peserta sedang menerima sijil penyertaan
dari PJS Cikgu Dolah.

Peserta bergambar setelah tamat kursus.

Gambar sekitar PBC

Assalammualaikum,
Kelab Sahabat HPA Jengka bersama Leader Jerantut telah menganjurkan
PBC bertempat di Rest House Jerantut.
Seramai 38 orang peserta menghadiri Kursus ini.
Tahniah kepada semua peserta ...anda semua sungguh hebat dan bersemangat.
Semuga semangat ini akan terus kekal dan berjaya mencapai apa yang di cita.

insyaallah..



Sebahagian peserta begitu kyusuk mendengar ceramah halal-haram.


Penuh bersemangat dengan nasyid perjuangan.
Peserta berkumpulan sedang mempersembahkan kreativiti
masing-masing.

En.Syed Zul bersama leader yang mantap-mantap belaka.

En.Zaini bersama En.Syed Zul bergambar ketika waktu rehat
sebentar.


Seisi perbincangan kumpulan - bersemangat mencari idea-idea bernas.
Makan dulu......... - Cikgu Man bersama sebahagian peserta
menjamu selera.

Cikgu Man menyampaikan cenderahati pada yang berjaya.
PJS Faizul dan PJS Cikgu Man bersama kumpulan yang berjaya.


Para peserta muslim dan muslimat bergambar bersama setelah tamat kursus.

PBC - Perkongsian Bijak Cemerlang

PBC DAN KEISTIMEWAANNYA


1-MEMBINA KEYAKINAN DIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN HERBALIS MLM YANG CEMERLANG.

2-DAPAT MENGUASAI SEGALA ILMU DAN KEMAHIRAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN MLM. AGAR DAPAT MERANCANG, MENGURUS DAN BERTINDAK MENGIKUT PLAN YANG DISEDIAKAN BAGI MENJURUS KEPADA BONUS 5 ANGKA SEBULAN.

3-MEMUPUK DAN MENERAPKAN KEKUATAN ROHANI BAGI MEMBENTUK JATI DIRI SEBAGAI USAHAWAN YANG BERTAQWA.

4-MELAHIRKAN USAHAWAN YANG TAHAN LASAK, TABAH, BERDISIPLIN DAN MAMPU MENJADI PEMIMPIN JARINGAN YANG HEBAT.

Mengapa perlu sertai Program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang)?

1. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
2. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).
3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan 5 angka.
4. Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
5. Modul program yang menarik dan berkesan.
6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.
7. Mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah berjaya.
8. Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan melalui plan pemasaran era baru HPA.

Bagaimana hendak sertai program PBC ini?
1. Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan mendapaat Kit Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen.
2. Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran antara RM100 hingga RM180 sahaja untuk 2 hari 1 malam bergantung kepada tempat.
3. Membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC di mana-mana agen stok.

Modul-Modul PBC
Antara modul yang akan diberikan adalah
1. Kenali Syarikat.
2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
3. Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
4. Eagle Eyes Sponsoring
5. Plan Tindakan melalui LDK
6. Teknik Demo
7. Produk Pilihan
8. Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan.
9. Asas Perubatan JAWI
10. Qiamullail.
11. Kuliah Subuh.
12. Senaman Pernafasan.
13. Bacaan AlMaathurat.
14. Motivasi Niaga.

Pengisian PBC ini disampaikan oleh PJS dan mereka yang terpilih. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan. Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul. Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat. InsyaALLAH..

Friday, June 12, 2009

PBC - June 2009

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) anjuran Kelab Sahabat Jengka akan diadakan pada :

TARIKH : 27 - 28 hb Jun 2009

TEMPAT : Hotel Seri Malaysia,Temerloh.Pahang.

BAYARAN : RM 150.00

Yang berminat sila daftarkan diri dengan segera kepada :

1. PJS Faizul Razali - 0139821901
2. PL Syed Zul - 0199626906


Apa tunggu lagi ! Tempat terhad kepada 30 peserta sahaja.

HPA ! Boleh, Boleh, Boleh Insyallah!

Profile Syarikat HPA

VISI

HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba HALAL sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan.

HPA juga komited membentuk usahawan Bumiputera yang dinamik,progresif dan berwibawa.

MISI

HPA memberikan keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu pengeluaran yang berkesan dan dapat membantumenyembuhkan penyakit yang dialami.

HPA menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan ekonomi Muslim untuk diri,keluarga dan masyarakat.

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan. Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba Rossele, Pegaga, Misai Kucing, Jagung, Serai, Pisang dan ternakan Ayam,itik, lembu dan Kambing Organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.

Kilang syarikat HPA terletak di alamat

1)B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim Bank Pembangunan Malaysia.

2)Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis,

3)Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.

4)Kilang Cola Radix, Kaw.Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani Kedah

5)Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi Kota Kinabalu, Sabah

6)Kilang Air Mineral HPA,Batu 14 Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.

7)Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah

Kini Jumlah pekerja kilang HPA melebihi 1000 orang. Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih, telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan, dibantu oleh enam orang Pengurus Besar

iaitu :-

1. Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd

2. Pengurus Besar HPA Food & Beverage Sdn Bhd

3. Pengurus Besar HPA Industries Sdn Bhd

4. Pengurus Besar Akaun

5. Pengurus Besar PT Wahida Indonesia.

6. Pengurus Besar Sistem Pengurusan Maklumat MIS

Untuk melicinkan urusan perjalanan syarikat, beberapa Pengurus, Penyelia dan juga Eksekutif dilantik iaitu:-

1.Pengurus HPA Industries Sdn. Bhd

2.Pengurus Pembelian

3.Pengurus Pinjaman

4.Pengurus Zon Utara

5.Pengurus Zon Tengah

6.Pengurus Zon Selatan

7.Pengurus Zon Timur

8.Pengurus Zon Luar

9.Pengurus HPA Food & Beverage Sdn. Bhd

10.Pengurus Akaun HPA Industries Sdn. Bhd

11.Pengurus Akaun Al Wahida Marketing Sdn. Bhd

12.Pengurus Pentadbiran

13.Pengurus Jabatan Kawalan Kredit (JKK)

14.Pengurus Sumber Manusia

15.Pengurus Pembangunan & Pengangkutan

16.Pengurus Latihan & Promosi

17.Pengurus Bahagian Kopi Radix

18.Pengurus Bahagian Kopi O

19.Pengurus Penyelidikan & Pembangunan (R&D)

20.Pengurus Sistem Pengurusan Maklumat (MIS)

21.Pengurus Bahagian Stor (Kuala Lumpur)

22.Pengurus Bahagian Sabun

23.Pengurus Bahagian Kosmetik

24.Pengurus Bahagian Kordial

25.Penyelia Bahan Mentah

26.Penyelia Bahagian Kit Niaga

27.Penyelia Bahagian Stor

28.Penyelia Bahagian Biskut

29.Penolong Pengurus Pentadbiran

30.Penolong Pengurus Sumber Manusia

31.Penolong Pengurus Bahagian Kapsul

32.Eksekutif IT

33.Eksekutif Pembelian

34.Eksekutif Latihan

35.Eksekutif Pegawai Pendaftar

36.Eksekutif Kualiti

sumber dipetik dari laman web; my-hpa.com

Jadilah Ahli HPA

Saudara dan saudari sekelian ,menjadi ahli HPA bukan lah satu paksaan atau mainan. Ianya perlukan kerelaan dan semangat untuk memperjuangkan

produk halal. Setelah menjadi ahli saudara dan saudari akan diberikan kit Niaga.

Senarai barang dalam Kit Niaga.

1. Fail Kit Niaga.

2. Borang Permohonan.

3. Kad Kuasa sementara. (Kad Eksklusif akan diterima dalam 4 minggu)

4. Pelan Pemasaran.

5. Senarai harga produk.

6. Senarai Cawangan, Pusat Jualan dan Stokis.

7. Sijil-sijil.

Keistimewaan menjadi ahli HPA:

1.Yuran keahlian RM30.00 (Tiga Puluh Ringgit Malaysia sahaja) seumur hidup. (Kit Niaga)

2.Katalog berjilid.

3.Perniagaan ini boleh diwarisi.

4.Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.

5.Diskaun harga untuk semua produk dari 20% - 25%.

6.Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.

7.Pelan pemasaran yang begitu mudah adil dan sukses.

8.Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25%.

9.Berpeluang menjana pendapatan 5 Angka menerusi Program Perkongsian Bijak Cemerlang HPA.

10.DOWNLINE boleh ‘mengatasi’ UPLINE setiap bulan mengikut pengiraan bonus. Ia bergantung pada usaha anda sendiri atau group anda.

11.Dapat bersama-sama merpertingkatkan ekonomi Muslim.


    Berminat sila hubungi melalui email : hpajengka@gmail.com
    Telefon : En.Faizul 013-9821901
    : En.Zaini 019-9863154
    : En.Syed Zul 019-9626906
    : En.Ali 019-9767400