Tuesday, December 22, 2009

Produk Makanan HPA

Chiken POPCORN
Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM10 .00
Sabah & Sarawak : RM

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 8.00
Sabah & Sarawak : RM

Nilai Mata (NM): 1

Berat: 400 gram

GULAI ITIK NILA

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 15.00
Sabah & Sarawak : RM

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 12.00
Sabah & Sarawak : RM

Nilai Mata (NM): 2

Berat: 500 gram

Ulasan Pengarah Urusan HPA tentang produk ini:

Gulai Itik

Pernahkah anda mencuba gulai/kari Itik yang baru dipasarkan dalam pasaran MLM HPA? Produk frozen ini dihasilkan dari penternakan itik di bukit Batu Hitam Cangloon Kedah. Harga satu pek 500gm ialah RM12.00 (harga ahli). HPA Farm menternak itik Nila sebagai satu lagi projek komersialnya dan akan di tinkan pada masa hadapan. InsyaAllah.

Saya rasa keenakan gulai itik Nila ini disebabkan kerana dagingnya yang dimasak dengan daun nangka terlebih dahulu. Proses penyediaan gulai itik ini mengikut kaedah tradisional orang Melayu di utara dan pernah menjadi santapan istimewa dalam acara-acara tertentu. Apapun kita kena berani mencuba dahulu untuk kita menghakimi sejauh mana kelazatan produk frozen ini.

BERAS ORGANIK HPA

Berat: 1 kg

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: 19

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sarawak: RM 16

Nilai Mata (NM): 2

IKAN KERING (GELAMA PAPAN)

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM 7.00
Sabah & Sarawak: RM 8.00

Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia : RM 6.00
Sabah & Sarawak:RM7.00

Nilai Mata: 1


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 19
Sabah & Sarawak: RM 23

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 19

Nilai Mata (NM): 3

Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 19.00
Sabah & Sarawak: RM 23.00

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16.00
Sabah & Sarawak: RM 19.00

Nilai Mata (NM): 3


Radix Chocolate Almond, Radix Chocolate Hazel, Radix Chocolate Milk

Radix Chocolate Almond, Radix Chocolate Hazel, Radix Chocolate Milk. Berikut adalah harga bagi setiap produk.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 9
Sabah & Sarawak: RM 11

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 7
Sabah & Sarawak: RM 9

Nilai Mata (NM): 2

Berita berkaitan Coklat Radix:

Coklat Radix - kini berada di pasaran (homemade)

Satu lagi produk kita muncul di pasaran iaitu coklat koko. Kelazatan koko asli dapat dirasai tanpa pewarna atau aroma sintatik. Koko juga banyak kelebihannya kerana mengikut kajian, mereka yang sering minum koko kurang diserang serangan jantung. Koko juga mempunyai pengaruh emosi dan di Barat mereka menjadikan koko sebagai bahan afrodisiac.

Buat masa kini HPA telah berjaya menghasilkan 2 produk utama daripada koko iaitu Radix koko dan coklat koko. Semoga peminat koko selamat daripada penggunaan bahan lemak dalam coklat yang diharamkan. Kita menyediakan altenatif perubatan dan yang halal di HPA. InsyaAllah.Amin

Produk terbaru HPA berasaskan roselle selepas Kordial Roselle, Minuman Roselle RTD (Ready To Drink), Jem Roselle, Minuman Roselle (Teh Uncang), dan Roselle kapsul. Sangat sedap untuk dimakan.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM 10
Sabah & Sarawak: RM 12

Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia : RM 8
Sabah & Sarawak: RM 10

Nilai Mata: 2


Keterangan produk ini akan dikemaskini kemudian.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM 12
Sabah & Sarawak: RM 15

Harga Pengedar

Semenanjung Malaysia : RM 10
Sabah & Sarawak: RM 12

Nilai Mata: 2

JEM NENAS

Kelebihan Jem Nenas HPA ialah kerana ia mengandungi madu dan nenas pilihan. Tidak ramai yang mengetahui bahan bromelin dalam nanas, ubat yang sangat baik untukpenyakit buasir, menjadi pelawas dan mengurangi sakit buasir yang telah keluar. Selain daripada itu ia digunakan untuk reumatik, osteoarthritis dan rematoid arthritis.

Biarkan makanan menjadi ubatmu dan ubat menjadi makananmu.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM 12
Sabah & Sarawak: RM 15

Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia : RM 10
Sabah & Sarawak: RM 12

Nilai Mata: 2

Produk kicap ini menggunakan botol plastik.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 3.50
Sabah & Sarawak: RM 4.50

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 3.00
Sabah & Sarawak: RM 3.50

Nilai Mata (NM): 0.5

Berita Berkaitan:

Syukur pada bulan ini kita dapat mengeluarkan lebih banyak produk muslim atas nama kita bersama..Harga masih sama dipasaran tetapi ada nilai mata. InsyaAllah. Dengan keluarnya kicap pelbagai rasa ini menjadikan produk HPA semakin lengkap kerana kita telah lama mengedarkan sos tanpa kicap.

Kita berjuang bagi pastikan tidak ada sesen pun wang kita yang jatuh ke tangan mereka. Produk yang masih tidak mampu, kita bersabar, InsyaAllah R&D akan terus berjalan. Tahniah pada jabatan itu yang berjaya menghasilkan bijirin untuk anak-anak kecil. Amin.

KICAP LEMAK MANIS

Produk kicap ini menggunakan botol plastik.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 3.50
Sabah & Sarawak: RM 4.50

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 3.00
Sabah & Sarawak: RM 3.50

Nilai Mata (NM): 0.5

Berita Berkaitan:

Syukur pada bulan ini kita dapat mengeluarkan lebih banyak produk muslim atas nama kita bersama. Harga masih sama dipasaran tetapi ada nilai mata. InsyaAllah. Dengan keluarnya kicap pelbagai rasa ini menjadikan produk HPA semakin lengkap kerana kita telah lama mengedarkan sos tanpa kicap.

Kita berjuang bagi pastikan tidak ada sesen pun wang kita yang jatuh ke tangan mereka. Produk yang masih tidak mampu, kita bersabar, InsyaAllah R&D akan terus berjalan. Tahniah pada jabatan itu yang berjaya menghasilkan bijirin untuk anak-anak kecil. Amin.

Sos Cili Rossele HPA




Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 3.30
Sabah & Sarawak: RM 3.80

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 2.80
Sabah & Sarawak: RM 3.30

Nilai Mata (NM): 0.25

Berat: 2 kg

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak:

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sarawak:

Nilai Mata (NM): 2

=======================================================

Panduan/Petua/Artikel Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Beras Perang Organik

Beras perang organik

Salah satu produk baru yang sedang dipasarkan ialah beras perang. Khasiat beras perang sangat nyata terutama pada pesakit kencing manis kerana ia tidak meningkatkankan glukos dengan mendadak. Sesuatu yang menarik ialah beras perang juga bersifat diuretik yang akan bertindak membersihkan buah pinggang dan ia sesuai untuk gaut, batu karang, UTI, demam, makanan untuk orang sakit dan lain-lain lagi.

Produk ini telah mula diedarkan dipasaran. Dapatkan segera!

Tepung Herba RFC


Tepung Radix Fried Chicken

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 12
Sabah & Sarawak:

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak:

Nilai Mata (NM): 2

Portulaca (jeruk)

2. Portulaca (jeruk)

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 12.00
Sabah & Sarawak: RM 15.00

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 10.00
Sabah & Sarawak: RM 12.00

Nilai Mata (NM): 3

====================================================

Panduan/Petua Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Portulaca

Sejenis sayur yang digunakan bagi ubatan paradangan paru paru. Kini diproses dalam bentuk jeruk dan siap dimakan sebagai ulam-ulaman. Nama lainya ialah Beremi yang kedapatan tumbuh banyak di daratan mahu pun di persisiran pantai digunakan secara tradisional untuk mereka yang menghadapi masalah penyakit TBC, menghisap rokok, athma dan lain-lain lagi.

Sesuai untuk semua peringkat umur. InsyaAllah.

Radang Paru-paru

Radang Paru-paru memerlukan pengubatan yang khusus namun bagitu produk baru yang akan kita keluarkan ialah jeruk portulaca atau pokok beremi. Banyak kes pada masa dahulu orang yang kena radang paru-paru sembuh dengan memakan pokok beremi ini. Seperti yang saya tuliskan terdahulu serai juga sangat baik untuk tujuan ini.

Kalau dalam perubatan jawi kita akan memberikan shark, spirulina dan pelawas pada pesakit radang paru-paru disamping menggunakan ubat periuk yang terdiri dari 4 jenis herba iaitu:-
1. pokok halban - 100 gm
2. Pokok Keriang - 100gm
3. Pokok serai - 100gm
4. Jadam sebesar ibu jari tangan pesakit.

InsyaAllah akan sembuh dengan IzinAllah. Ubatan periuk boleh order dengan Jawi Herb Shop.

Perencah Alami

Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 12
Sabah & Sarawak: -

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 9
Sabah & Sarawak: -

Nilai Mata (NM): 2

=============================================

Panduan/Petua/Artikel Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Perencah Alami

Balm Pala dan Perencah Alami

Dua produk lagi telah siap untuk di pasarkan bagi tujuan seperti berikut:

1. Balm Pala - sejenis balm aromatik yang memberi kelegaan kepada penafasan terutama pada anak-anak kecil, melegakan sakit pinggang, ruam-ruam, pening dan loya, gatal digigit serengga dan nyamuk serta tujuan melegakan lenguh-lenguh sendi.

2. Perencah Alami - sebagai peganti kepada perencah ikan bakar yang kebanyakanya menggunakan plasma darah yang tidak halal.perencah alami di buat dengan penggunaan paling minimum bahan awet boleh dijadikan perencah serbaguna termasuk, nasi goreng, ikan dan daging bakar, mee udang, kotew goreng dan semua masakan sebagai perasa atau kuah. lazat dan sumber kesihatan kepada pengguna.

Selamat Mencuba, Produk Halal Tanggungjawab bersama.

Nugget HPA

Nugget HPA

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 17
Sabah & Sarawak:

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak:

Nilai Mata (NM): 2

Sos Tomato HPA




Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 3.30
Sabah & Sarawak: RM 3.80

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 2.80
Sabah & Sarawak: RM 3.30

Nilai Mata (NM): 0.25

==========================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Sos HPA Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Bukan hanya sedap dan lazat tetapi jauh berkhasiat daripada sos-sos yang lain dipasaran. Ini adalah kerana sos cili kita tidak menggunakan sebarang pewarna dan diproses terus dari cili dan tomato. Perbuatan sebahagian besar industri sos yang memasukkan pewarna bagi mendapatkan kilauan merah cili boleh mendatang masalah kesihatan dalam jangkamasa yang lama.

Pewarna dikatakan salah satu bahan yang menyebabkan berlakunya kanser. Dalam ertikata yang lain pewarna tidak menjadi darah dan daging dalam tubuh badan. Orang yang ada kanser payudara sangat bahaya dengan kehadiran pewarna terutama pewarna yang ada pada belacan/terasi(indon) kerana ia menjadi penggalak/pemacu(ind) pertumbuhan kanser. Inilah kesan pewarna dalam makanan dan kelebihan sos kita untuk kesihatan. Insya-Allah.

Sos Cili Thai HPA




Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 3.30
Sabah & Sarawak: RM 3.80

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 2.80
Sabah & Sarawak: RM 3.30

Nilai Mata (NM): 0.25

TA'AWUN 2010

Insentif menarik pada 2010

Restoran Makanan HPA


Tuesday, November 24, 2009

Tazkirah AidilAdha

Hadis Jundab bin Sufian r.a katanya:
"Aku pernah menyaksikan sembelihan korban sewaktu bersama Rasulullah s.a.w sebelum mendirikan sembahyang dan apabila selesai sembahyang dengan memberi salam, baginda mendapati daging korban telah disembelih sebelum selesai mendirikan sembahyang. Baginda bersabda: Sesiapa yang telah menyembelih korbannya sebelum dia mendirikan sembahyang atau kami sembahyang, dia hendaklah menyembelih yang lain sebagai gantinya. Manakala sesiapa yang belum melakukan sembelihan, dia hendaklah menyembelih dengan menyebut nama Allah."


HADIS RIWAYAT MUSLIM

Kebesaran bulan Zulhijjah

DALAM kekecohan beberapa isu dan bencana alam yang melanda negara kita mutakhir ini, sedar atau tidak, hari ini kita telah pun melangkah masuk ke dalam bulan Zulhijjah.
Untuk sama-sama menghayati kebesaran dan anugerah yang disediakan dalam bulan Zulhijjah, maka ruangan Relung Kasih menangguhkan persoalan Tauhid Tiga Serangkai yang sepatutnya disambung pada minggu ini.
Dengan 'inayah dan ri'ayah Allah pastinya, maka pada hari ini kita dikurniakan lagi untuk kesekian kalinya nikmat bulan Zulhijjah yang besar fadilat dan ertinya.
Bulan Zulhijjah bukanlah bulan hanya bagi tetamu Allah tetapi bulan istimewa bagi seluruh umat Islam yang peka dengan waktu-waktu yang dimuliakan oleh Allah dan bijak mengambil peluang bagi meraih curahan rahmat, maghfirah(keampunan) dan keredaan-Nya.
Sesungguhnya pada kejadian Allah SWT terdapat benda-benda, masa-masa, tempat-tempat dan insan-insan yang dibesarkan dan dimuliakan oleh-Nya.
Di antaranya ialah kaabah, Hajar Aswad, zamzam, bulan Ramadan, hari Jumaat, 10 terawal bulan Zulhijjah, Mekah, Madinah, Baitul Maqdis, para Nabi, Rasul dan sebagainya.
Kesemua perkara itu merupakan syiar Allah yang diperintahkan supaya dibesarkan sebagaimana firman-Nya: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati (orang Mukmin). (al-Hajj: 32)
Dalam bulan Zulhijjah, Allah menganugerahkan masa-masa yang dibesarkan dan dimuliakan oleh Allah. Iaitu sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, Hari Arafah, Aidil Adha dan Hari Tasyriq.
Sesungguhnya, Allah SWT telah bersumpah dengan Fajar Aidil Adha dan 10 malam bulan Zulhijjah dalam surah al-Fajr ayat 1 dan 2: Demi waktu fajar Aidil Adha; dan malam 10 Zulhijjah (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).
Kita maklumi, Allah tidak bersumpah dengan suatu perkara melainkan kerana kemuliaan dan kepentingan perkara tersebut. Allah telah menganugerahkan pada 10 malam terawal bulan Zulhijjah dengan kelebihan-kelebihan yang lebih besar dan hebat daripada malam-malam yang lain.
Banyak hadis yang menerangkan tentang kelebihan hari-hari ini dan kelebihan amalan yang dilakukan padanya.
Di antaranya, sebagaimana yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat r.a bertanya, Wahai Rasulullah! Dan tidakkah juga berjihad fi sabilillah (lebih afdal daripada beramal pada hari-hari ini)? Rasulullah SAW bersabda, "Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad dengan diri dan hartanya dan kemudian dia syahid". (riwayat al Bukhari)
Ulama berdalilkan hadis ini sebagai galakan atau sunat berpuasa pada sembilan hari daripada 10 hari terawal bulan Zulhijjah kerana puasa juga termasuk dalam kategori amalan soleh.
Perkara ini disebut oleh al Hafiz Ibnu Hajar r.a, Rasulullah SAW juga bersabda: "Berpuasa sehari dalam bulan ini (hari yang ke-9) menyamai puasa 1000 hari dan sehari puasa pada hari Arafah menyamai puasa 10,000 hari".
Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada dari hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk dipenuhi dengan ibadah kepada-Nya daripada 10 hari terawal dari bulan Zulhijjah; puasa setiap hari daripadanya menyamai puasa setahun, solat pada setiap malam daripadanya menyamai solat pada malam al-Qadar".
Bahkan, disunatkan bagi orang yang mahu melakukan korban menahan dirinya terlebih dahulu daripada memotong kukunya dan mencukur bulu sama ada pada kepala, muka dan badannya. Iaitu, bermula dari masuknya bulan Zulhijjah hinggalah selesai melakukan ibadah korban.
Hal ini berdasarkan hadis Ummu Salamah, bahawa Nabi SAW bersabda: "Apabila masuk hari yang 10 Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, maka jangan disentuh rambut dan kulitnya sedikitpun".
Di dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, maka hendaklah ditahan dari memotong rambut dan kukunya".
Ini sebagai menunjukkan terbukanya pintu penerimaan Allah terhadap amal yang dilakukan pada hari-hari yang berkat ini, kerana Allah Yang Maha Mulia apabila Dia kasih atau suka kepada sesuatu, maka Dia akan menerimanya.
Kesimpulannya, maksud yang paling utama dari hadis ini, kita digalakkan melakukan amal yang disukai dan diredai Allah pada hari-hari tersebut, sekalipun amalan yang mudah dan tidak sulit untuk dilakukan.
Sekiranya tidak mampu untuk berjihad, berpuasa atau bersedekah, janganlah pula berasa lemah untuk melakukan ibadah yang lain seperti solat sunat, tasbih dan tahlil. Kadang kala amal yang sedikit dan mudah itu besar nilainya di sisi Allah dan lebih dikasihi-Nya.
Hari Arafah
Hari Arafah ialah hari para jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Ia terkenal sebagai kemuncak bagi segala amalan atau rukun haji.
Allah yang bersifat Maha Pemurah memuliakan dan membesarkan hari tersebut dengan mencurahkan rahmat dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang berdoa dan meminta keampunan kepada-Nya.
Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada hari yang lebih banyak pembebasan dari neraka daripada hari Arafah".
Justeru pada hari tersebut, kita amat digalakkan supaya memperbanyakkan doa dan istighfar. Daripada Abdullah ibn Amru r.a berkata: "Kebanyakan doa Nabi SAW pada hari Arafah ialah "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah; Yang Maha Esa tanpa ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan dan pujian. Di dalam kekuasaan-Nya segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu".
Di antara doa bagi memohon keampunan dan pembebasan dari api neraka ialah:
"Ya Allah! Bebaskanlah tengkukku daripada api neraka, luaskanlah untukku dengan rezeki yang halal dan palingkanlah (hindarilah) daripadaku jin dan manusia yang fasiq".
Kita juga disunatkan berpuasa pada hari Arafah kerana Rasulullah SAW bersabda: "Puasa pada hari Asyura akan mengkafarahkan dosa setahun (sebelumnya). Manakala puasa hari Arafah, akan mengkafarahkan dosa dua tahun; setahun sebelumnya dan setahun selepasnya yang akan datang".
Sebagaimana yang disebut di dalam hadis, bahawa Rasulullah SAW berdoa pada petang hari Arafah agar diampunkan dosa-dosa umatnya termasuk orang yang zalim. Apabila Allah memakbulkan doanya, Baginda SAW tersenyum kerana melihat iblis mengambil tanah lalu menaburnya di atas kepalanya sambil mengeluh panjang apabila mengetahui doa Baginda SAW dimakbulkan dan dosa-dosa umatnya diampunkan.
Aidil Adha
Solat hari raya merupakan khususiat/keistimewaan umat ini seperti solat istisqa' (minta hujan) dan kusuf (gerhana matahari).
Di antara dua solat hari raya, solat Aidil Adha lebih afdal daripada solat Aidilfitri kerana terdapat nas dari al-Quran yang menyebut tentangnya, sebagaimana firman Allah SWT: Oleh itu, kerjakanlah solat (Aidil Adha) kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (al Kauthar: 2)
Dalil ini juga menunjukkan bahawa ibadah yang dituntut pada Aidil Adha bukan setakat ibadah jasad iaitu solat tetapi juga ibadah yang melibatkan pengorbanan harta iaitu melakukan korban.
Ibadah korban merupakan sunat muakkad bagi umat Islam dan makruh meninggalkannya bagi orang yang berkemampuan. Rasulullah SAW sendiri memberi amaran kepada orang yang enggan berkorban.
Ini sebagaimana sabdanya: "Sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk berkorban tetapi tidak berkorban, maka jangan hadir di tempat solat kami".
Sesiapa yang melakukan korban pada hari tersebut, akan diampunkan dosanya dan ahli rumahnya pada titik pertama darah sembelihan korbannya.
Sesiapa yang memberi makan dan bersedekah dengannya, akan dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang yang mendapat keamanan dan timbangannya lebih berat daripada Jabal Uhud.
Aidil Adha adalah Aidil Akbar (Raya Terbesar) bagi umat ini kerana banyaknya pembebasan dari neraka atau pengampunan dosa yang dianugerahkan oleh Allah pada hari sebelumnya iaitu hari Arafah.
Tidak dilihat pembebasan dari neraka yang lebih banyak daripada pembebasan pada hari Arafah seperti yang disebut dalam hadis. Sesiapa yang telah dibebaskan, maka keesokannya adalah hari raya baginya.
Sekiranya tidak, maka dia berada jauh dari rahmat Allah dan dijanjikan dengan seburuk-buruk balasan.
Justeru, sementara kita masih diberi ruang dan kemampuan, marilah bersama-sama kita merebut peluang keemasan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita semata-mata kerana kasih dan sayang-Nya terhadap kita.

Surah AL -Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan
bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.



Wednesday, August 12, 2009

Konvek 2009

Konvek 2009 telah berlangsung dengan
jayanya pada bulan Julai 2009.

Begitu bangga dan bersemangat para pejuang - pejuang
HPA apabila melihat mereka yang berjaya menerima pelbagai
anugerah dari Pihak Pengurusan HPA.

Tahniah , diucapkan kepada PJE Faizul menerima
peanugerahan di KONVEK 2009.
Kami bagi pihak HPAJENGKA menumpang gembira
dan berharap agar PJE Faizul terus komited .


PJE FAIZUL menerima anugerah pada KONVEK 2009......

Thursday, June 18, 2009

Kursus Refleksologi

HPA Kelab Sahabat Jengka telah menganjurkan kursus untuk para ahli berdaftar HPA.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan
dengan cara mengesan penyakit dengan kaedah urutan kaki.Ianya diadakan di HPA Cawangan Jengka.
Setiap bahagian kaki ada titik-titik yang secara langsung berkaitan dengan organ dalaman.





Peserta sedang melakukan latihan mengikut
arahan dari tenaga pengajar.


Sebahagian peserta sedang menerima sijil penyertaan
dari PJS Cikgu Dolah.

Peserta bergambar setelah tamat kursus.

Gambar sekitar PBC

Assalammualaikum,
Kelab Sahabat HPA Jengka bersama Leader Jerantut telah menganjurkan
PBC bertempat di Rest House Jerantut.
Seramai 38 orang peserta menghadiri Kursus ini.
Tahniah kepada semua peserta ...anda semua sungguh hebat dan bersemangat.
Semuga semangat ini akan terus kekal dan berjaya mencapai apa yang di cita.

insyaallah..



Sebahagian peserta begitu kyusuk mendengar ceramah halal-haram.


Penuh bersemangat dengan nasyid perjuangan.
Peserta berkumpulan sedang mempersembahkan kreativiti
masing-masing.

En.Syed Zul bersama leader yang mantap-mantap belaka.

En.Zaini bersama En.Syed Zul bergambar ketika waktu rehat
sebentar.


Seisi perbincangan kumpulan - bersemangat mencari idea-idea bernas.
Makan dulu......... - Cikgu Man bersama sebahagian peserta
menjamu selera.

Cikgu Man menyampaikan cenderahati pada yang berjaya.
PJS Faizul dan PJS Cikgu Man bersama kumpulan yang berjaya.


Para peserta muslim dan muslimat bergambar bersama setelah tamat kursus.