Friday, June 12, 2009

Profile Syarikat HPA

VISI

HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba HALAL sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan.

HPA juga komited membentuk usahawan Bumiputera yang dinamik,progresif dan berwibawa.

MISI

HPA memberikan keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu pengeluaran yang berkesan dan dapat membantumenyembuhkan penyakit yang dialami.

HPA menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan ekonomi Muslim untuk diri,keluarga dan masyarakat.

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan. Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba Rossele, Pegaga, Misai Kucing, Jagung, Serai, Pisang dan ternakan Ayam,itik, lembu dan Kambing Organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.

Kilang syarikat HPA terletak di alamat

1)B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim Bank Pembangunan Malaysia.

2)Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis,

3)Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.

4)Kilang Cola Radix, Kaw.Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani Kedah

5)Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi Kota Kinabalu, Sabah

6)Kilang Air Mineral HPA,Batu 14 Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.

7)Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah

Kini Jumlah pekerja kilang HPA melebihi 1000 orang. Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih, telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan, dibantu oleh enam orang Pengurus Besar

iaitu :-

1. Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd

2. Pengurus Besar HPA Food & Beverage Sdn Bhd

3. Pengurus Besar HPA Industries Sdn Bhd

4. Pengurus Besar Akaun

5. Pengurus Besar PT Wahida Indonesia.

6. Pengurus Besar Sistem Pengurusan Maklumat MIS

Untuk melicinkan urusan perjalanan syarikat, beberapa Pengurus, Penyelia dan juga Eksekutif dilantik iaitu:-

1.Pengurus HPA Industries Sdn. Bhd

2.Pengurus Pembelian

3.Pengurus Pinjaman

4.Pengurus Zon Utara

5.Pengurus Zon Tengah

6.Pengurus Zon Selatan

7.Pengurus Zon Timur

8.Pengurus Zon Luar

9.Pengurus HPA Food & Beverage Sdn. Bhd

10.Pengurus Akaun HPA Industries Sdn. Bhd

11.Pengurus Akaun Al Wahida Marketing Sdn. Bhd

12.Pengurus Pentadbiran

13.Pengurus Jabatan Kawalan Kredit (JKK)

14.Pengurus Sumber Manusia

15.Pengurus Pembangunan & Pengangkutan

16.Pengurus Latihan & Promosi

17.Pengurus Bahagian Kopi Radix

18.Pengurus Bahagian Kopi O

19.Pengurus Penyelidikan & Pembangunan (R&D)

20.Pengurus Sistem Pengurusan Maklumat (MIS)

21.Pengurus Bahagian Stor (Kuala Lumpur)

22.Pengurus Bahagian Sabun

23.Pengurus Bahagian Kosmetik

24.Pengurus Bahagian Kordial

25.Penyelia Bahan Mentah

26.Penyelia Bahagian Kit Niaga

27.Penyelia Bahagian Stor

28.Penyelia Bahagian Biskut

29.Penolong Pengurus Pentadbiran

30.Penolong Pengurus Sumber Manusia

31.Penolong Pengurus Bahagian Kapsul

32.Eksekutif IT

33.Eksekutif Pembelian

34.Eksekutif Latihan

35.Eksekutif Pegawai Pendaftar

36.Eksekutif Kualiti

sumber dipetik dari laman web; my-hpa.com

No comments:

Post a Comment