Tuesday, May 19, 2009

Kenapa saya bersama HPA ?



Adakah kerana pelan pemasaran HPA adalah yang terhebat?
TIDAK! Kerana di luar sana banyak lagi syarikat MLM yang menawarkan pelan pemasaran yang lebih hebat. Dengan hanya menaja, tak buat belian pun lagi, syarikat akan berikan jumlah wang tertentu kerana menaja sahaja. Ada juga syarikat yang pelannya tak perlu menaja ramai-ramai, cari 2 orang kaki sahaja, bulanan tak perlu menten, tak perlu jual barang tiap-tiap bulan, tapi dalam masa beberapa bulan sahaja boleh dapat belasan ribu. Dalam HPA itu tidak akan berlaku.

Adakah kerana HPA bagi bonus besar?
TIDAK! Kerana syarikat lain lagi besar bonus mereka. Ada leader dalam syarikat lain yang bonus mereka mencecah RM1 juta ringgit sebulan. Dengan hasil jualan produk mereka yang tidak kurang juga mahalnya, manakan tidak mereka mampu untuk memberi bonus yang besar kepada para pengedarnya.

Adakah kerana HPA menawarkan kereta mewah?
TIDAK! Kerana dalam pelan pemasaran HPA itu sendiri pun tidak ada hadiah kereta, walaupun sekecil kancil. Syarikat MLM lain tidak lepas daripada menawarkan Mercedes,
BMW, dan kereta-kereta mewah lain. Inilah yang menjadi rebutan manusia di zaman ini.

Habis tu kenapa saya pilih HPA?
Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencari keredhaanNya. Teringat lagi saya akan pesanan Pengarah Urusan HPA, Tuan Hj Ismail B. Hj Ahmad kepada saya iaitu “Bantulah HPA kerana Allah s.w.t.”. Pelan pemasaran HPA adalah pelan Syariah. Pelan ini sudah dirujuk dan dikaji oleh 11 orang panel syariah HPA.

 Biarlah pulangannya tidak sehebat syarikat lain pun tidak mengapa, asalkan ianya adalah HALAL melalui kaedah pengiraan yang ADIL mengikut kehendak Syariah. Bonus besar dan kereta mewah belum tentu boleh menjamin kita di alam akhirat. Tetapi hasil daripada ‘halal’itu tadi lah yang akan membantu. Di dunia ini walaupun sukar dan kesempitan, tapi masih boleh ejas, ‘disana’ tiada lagi perkataan ejas melainkan dengan pengampunanNya.

Biarlah dalam HPA perlu membeli/menjual/mengguna produk setiap bulan pun, kerana memang itu adalah MATLAMAT kita. Usahakan agar setiap umat Islam menggunakan produk HPA yang terjamin lagi sahih akan halal dan kesuciannya. Mulakan dengan keluarga sendiri. Memang sudah menjadi ‘kerja’ kita orang Islam untuk mengguna dan menjual produk halal HPA. Jika bukan kita siapa lagi?
 

Jangan nak harap orang bukan Islam untuk membuat dan menjual produk halal. Kerana halal itu akan benar-benar menjadi halal sekiranya pembuatnya betul-betul mengenal erti halal. Jika bukan sekarang bila lagi? Jangan tunggu sehingga agama dan bangsa kita dipersendakan. Soal halal haram jadi mainan. Tidak perlulah rasanya nak dikupas lagi disini, kerana isu penipuan status halal sudah banyak dibongkar mutakhir ini.

Rupa-rupanya itulah sebabnya kenapa saya bersama HPA. Kerana HPA memperjuangkan yang halal. Kaedah halal dan produk yang halal lagi suci. Alhamdulillah dengan sokongan para pengguna/pengedar, HPA telah berjaya mengeluarkan banyak produk halal lagi suci di pasaran. Inilah yang saya faham akan moto HPA “Produk Halal Tanggungjawab Bersama”. 

Soal halal ini bukan tanggungjawab pihak berkuasa semata-mata, tetapi adalah tanggungjawab kita bersama.
Tanggungjawab pengguna Islam adalah menggunakan produk halal lagi suci. Pilihlah produk-produk yang halal lagi suci untuk kegunaan harian kita. Mungkin ‘halal’ itu boleh dicari dengan adanya cop halal Jakim (tak termasuk yang palsu), tetapi ‘suci’ itu bagaimana nak dipastikan? Oleh itu berhati-hatilah buat pilihan yang terbaik untuk keluarga kita.

 Cadangan saya adalah produk HPA. Maka menjadi tanggungjawab HPA pula untuk menggunakan keuntungan daripada hasil belian kita tadi, untuk mengeluarkan produk-produk halal lagi suci yang lain-lain lagi. Inilah yang dikatakan tadi produk halal tanggungjawab bersama. Hari ini kita sudah dapat melihat hasil dan buktinya. HPA sudah keluarkan Aiskrim Thoyyibah, sebagai ganti aiskrim jenama lain di pasaran yang majoriti dimiliki oleh musuh Islam.
Jika sama-sama halal sekalipun, paling kurang kita sudah tidak ada share dalam misi pembunuhan umat Islam di seluruh dunia pada hari ini.

 HPA sudah berjaya menternak dan menjual ayam organiknya yang bebas daripada hormon. Jika dakwaan yang mengatakan terdapat DNA babi pada ayam daging adalah tidak benar sekalipun, paling kurang pun pengguna setia produk HPA sudah selamat daripada hormon/vaksin merbahaya yang disuntik dalam ayam daging pada hari ini. Kalau dulu cuma ada syarikat gergasi luar negara sahaja yang menguasai ‘kedai ayam’, kini HPA telah berjaya membuka RFC (Radix Fried Chicken). Setidaknya ia menjadi pilihan kepada umat Islam untuk membantu ekonomi umat Islam sendiri.

HPA ini bukan matlamat. Tetapi jadikanlah HPA ini sebagai platform atau tapak untuk meneruskan perjuangan merealisasikan tuntutan agama. Dengan ini saya menyeru kepada para pembaca semua agar bersama-sama sertai HPA dan bersama-sama memartabatkan produk halal dan memperkasakan ekonomi ummah.

 Akhir kalam, pesanan ikhlas kepada diri sendiri, para pengedar, dan HPA sendiri, kejayaan demi kejayaan yang dikecapi hari ini adalah kerana bantuan Allah s.w.t, dan hasil usaha dan keikhlasan para pengedar/pegawai HPA semua dalam memperjuangkan yang halal bagi mencari keredhaanNya.

 Oleh itu marilah kita sama-sama tetapkan pendirian itu agar tidak tergelincir dari landasan Islam yang sebenar. Sesungguhnya kemenangan hari ini dan masa akan datang tidak akan dicapai tanpa bantuan dan pertolongan Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment