Friday, May 15, 2009

Teks Ucapan PJS Faizul

Assalamualaikum w.b.t..
Pertama sekali saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Biro IT & Teknikal Kelab Sahabat HPA Jengka, iaitu saudara Zaini B. Husin kerana berjaya memulakan langkah dalam pembinaan blog kelab ini.

 Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang setia bersama perjuangan HPA ini, dalam menyebarkan dakwah melalui penggunaan produk yang halal lagi suci.

Dengan terbentuknya blog kelab ini diharapkan agar segala aktiviti-aktiviti kelab sama ada yang telah dilaksanakan mahupun yang masih dalam perancangan, dapat dikongsi bersama dengan para pelawat blog sekalian, terutamanya kepada ahli kelab ini sendiri, dan juga kepada yang berminat untuk menjadi ahli kelab nanti. 

InsyaAllah blog ini akan menjadi “papan kenyataan” yang besar sebagai tapak maklumat kepada segala aktiviti yang bakal dilaksanakan terutamanya di kawasan sekitar Jengka/Jerantut/Temerloh.

Usaha-usaha sebegini tidak lain dan tidak bukan adalah bermatlamatkan untuk menyuburkan syiar Islam melalui penyebaran produk Halalan Thoyyiba (terutamanya produk makanan) dalam erti kata yang sebenar, dengan berpegang kepada prinsip “Produk Halal Tanggungjawab Bersama” sebagai dasarnya. 

Berkembangnya teknologi maklumat bererti semakin luaslah peluang umat Islam untuk berdakwah. Tetapi jika setiap ruang dan peluang yang ada ini tidak dimanfaatkan untuk mencari keredhaanNya, dibimbangi pelbagai soalan sudah menanti kita ‘di sana’.
Jihad ini tidak menghendakkan kita memiliki unta untuk berdakwah, tidak pula memerlukan pedang untuk menegakkan kebenaran.

 Jihad ini memerlukan jiwa yang kental dalam mendampingi masyarakat Islam terutamanya, untuk memberi penjelasan yang tepat kepada mereka akan kepentingan menggunakan produk yang halal dan suci keluaran orang Islam (halal-muslim), dimana rata-rata masyarakat hari ini sudah sebati dalam jiwa mereka untuk menggunakan produk musuh-musuh Islam.

 Diharapkan usaha kita yang kecil ini dapat merubah minda masyarakat Jengka terutamanya, dan seluruh masyarakat Islam amnya, dengan bijak membuat pilihan untuk produk kegunaan harian mereka.
Semoga perjuangan ini diredhai oleh Allah s.w.t..Aminnn..


Tulisan: Muhamad Faizul Bin Razali
287042.MY01
No. Ahli Kelab Sahabat Jengka : 0001

No comments:

Post a Comment